SPRM Kedah siasat beberapa GLC - Utusan Malaysia

SPRM Kedah siasat beberapa GLC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang melibatkan pengurusan atasan di beberapa buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, kes-kes tersebut kini berada dalam pelbagai peringkat sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.

“Kes-kes berkenaan akan diagihkan dengan segera iaitu kes mana yang perlu diambil tindakan terlebih dahulu kerana jika lambat dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, kita akan memberikan keutamaan untuk melaksanakan siasatan berdasarkan maklumat yang baharu diterima,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri SPRM Kedah, di sini hari ini.

Shaharom Nizam berkata, Kedah kini berada di kedudukan lima teratas dalam penyaluran maklumat yang membuktikan negeri ini aktif berbanding negeri lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 271 maklumat membabitkan pelbagai kes diterima pihaknya sejak awal Januari lalu sehingga semalam.

“Sepanjang tempoh sama, sebanyak 80 tangkapan sudah dibuat manakala 53 kertas siasatan dibuka untuk siasatan.

“Selain itu, sebanyak 11 pertuduhan dibuat membabitkan nilai rasuah melebihi RM1.2 juta di bawah Seksyen 18 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini