Jangan bertanding 
kawasan Melayu - Utusan Malaysia

Jangan bertanding 
kawasan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMPAKNYA kerjasama antara Pas dan UMNO akan diperkukuhkan secara berperingkat dalam merangka strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Berdasarkan maklum balas daripada pihak Pas dan UMNO, kerjasama itu semakin erat walaupun PRU-15 masih jauh lagi.

Antara bukti hubungan erat itu adalah apabila kedua-dua pihak bersetuju memperkenalkan Piagam UMNO-Pas yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia selari dengan aspirasi negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sudah tentu perkembangan ini sangat melegakan orang Melayu ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin lemah dan bercelaru akibat perebutan kuasa.

Cuma saya berharap Piagam UMNO-Pas yang bakal diumumkan akan memperincikan kerusi bakal ditandingi dan perlu mengambil kira kehendak pengundi sesuatu kawasan dan bukan lagi untuk memenangkan seseorang calon.

Zaman dan kehendak pengundi telah berubah. Parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC tidak lagi boleh mengharapkan diletakkan di kawasan majoriti Melayu hanya untuk memenangkan calon mereka.

MCA dan MIC sepatutnya hanya bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina dan India sahaja. Pengundi di kawasan itu perlu diberitahu bahawa tidak akan ada lantikan politik jika semua calon MCA dan MIC kalah PRU-15 dan kerajaan yang bakal dibentuk hanya akan terdiri dalam kalangan orang Melayu.

Pengundi perlu diajar berfikir secara realistik dan kerajaan UMNO-Pas yang bakal dibentuk perlu tegas dan tidak boleh apologetik seperti zaman Barisan Nasional (BN) dahulu.

Begitu juga dengan dasar yang bakal dibentuk sepatutnya berdasarkan sokongan majoriti pengundi kepada kerajaan dan bukan lagi belas kasihan.

Percayalah, hanya dengan cara itu pengundi Cina dan India akan kembali menyokong UMNO dan Pas dalam PRU-16 nanti.

PENGUNDI SEJATI

Kepala Batas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini