MyCC pantau industri simen - Utusan Malaysia

MyCC pantau industri simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menumpukan perhatian dan usaha untuk memantau industri simen secara konsisten bagi menyokong inisiatif kerajaan dalam melindungi pengguna susulan pengumuman kenaikan harga simen.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain industri simen semalam.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan kementerian untuk memberikan input dan akan menilai perkara ini di bawah peruntukan Akta Persaingan (AP) 2010 jika perlu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, selain mengambil maklum terhadap notis-notis kenaikan harga yang telah dikeluarkan oleh beberapa syarikat simen dan konkrit campuran siap, MyCC juga turut mengambil kira kesan penggabungan antara YTL dan Lafarge yang telah menyebabkan penumpuan pasaran di tahap huluan dan hiliran.

Katanya, Seksyen 4 dan Seksyen 10 AP 2010 dengan jelas melarang perusahaan daripada membuat perjanjian anti persaingan dan menyalahgunakan kedudukan dominan mereka di pasaran.

“Suruhanjaya akan terus dengan inisiatifnya untuk menggalakkan dan melindungi proses persaingan dan menggesa orang ramai untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya di [email protected] sekiranya mereka mengesan sebarang perlakuan antipersaingan dalam industri simen,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini