MADRID – Sebuah laporan di Sepanyol mendakwa, Neymar mahu meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas dua musim bersama kelab itu dan berhasrat untuk kembali bersama Barcelona.
Penyerang Brazil itu menandatangani kontrak lima tahun semasa menyertai PSG dengan nilai 200 juta pound (RM1.06 bilion) pada 2017 namun sedang bergelut dengan kecederaan dan prestasi.
Mundo Deportivo mendakwa, dia kini berada di landasan terbaik untuk kembali ke Camp Nou bagi bergandingan semula dengan Lionel Messi dan Luis Suarez.
Neymar dilaporkan menghantar mesej kepada Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi iaitu :”Saya mahu pulang semula ke rumah saya” yang merujuk kepada Barcelona.
“Saya mahu pemain yang bersedia untuk beraksi dengan jersi ini dan sesiapa yang menandatangani kontrak untuk projek kelab ini.
“Sesiapa yang tidak mahu atau tidak faham, kami akan bertemu dan berbincang. Sudah pasti ada kontrak yang perlu dihormati tetapi keutamaan adalah menyiapkan komitmen projek kami.
“Tiada sesiapa yang memaksa (Neymar) untuk dia berada di sini. Dia faham dengan keperluan projek kami,” katanya Khelaifi.-AGENSI











