#Bid4Good bantu golongan kurang kemampuan miliki rumah - Utusan Malaysia

#Bid4Good bantu golongan kurang kemampuan miliki rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Golongan kurang berkemampuan di Lembah Klang berpeluang memiliki kediaman sendiri melalui kempen #Bid4Good yang dilancarkan oleh SkyWorld Development Group (SkyWorld).

SkyWorld dalam kenyataan di sini hari ini berkata, kempen yang merupakan tanggungjawab sosial korporat itu akan dijayakan melalui acara lelong barangan terpakai dari unit-unit pameran pangsapuri syarikat berkenaan.

“Setiap ringgit yang dikutip akan disalurkan kepada dana untuk memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan memiliki rumah pada harga lebih murah,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut SkyWorld, acara bidaan #Bid4Good akan diadakan di SkyWorld Property Gallery, Bukit Jalil di sini pada 30 Jun ini.

“Lebih 150 barang seperti perabot, peralatan dapur, pakaian dan dekorasi daripada dua unit pameran iaitu SkyLuxe dan Sky Awani 3 boleh dibeli melalui bidaan atau pembelian terus dari rak,” katanya.

SkyWorld berkata, mereka yang berminat mengambil bahagian dalam kempen itu boleh melayari laman web di lihat www.skyworld.my/skyworldcares untuk mendapatkan maklumat lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini