Pekerja ladang sawit terima enam jahitan di kepala dipukul, dituduh curi durian - Utusan Malaysia

Pekerja ladang sawit terima enam jahitan di kepala dipukul, dituduh curi durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA – Seorang pekerja ladang Felda Technoplant Tembangau 2 di sini cedera di bahagian kepala akibat dipukul dengan belakang parang oleh seorang lelaki yang menuduh mangsa mencuri durian di ladang kelapa sawit berkenaan, semalam.

Akibat kejadian, mangsa berusia 35 tahun yang merupakan warga Indonesia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan menerima enam jahitan.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mansor Samsudin berkata, kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di ladang sawit Felda Technoplant Tembangau 2 di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa telah ditahan seorang lelaki yang memarahi dan menuduh mangsa mencuri buah durian milik lelaki tersebut sebelum mangsa menafikan mengambil buah durian yang dikatakan oleh lelaki berkenaan.

“Kemudian lelaki berkenaan telah memukul kepala mangsa dengan belakang sebilah parang dan pengadu mengalami kecederaan di bahagian kepala, “katanya di sini.hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian beredar dari tempat kejadian dan menerima rawatan di Klinik Tembangau 2.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini