Video intim: UMNO, Pas tidak terlibat politik picisan - Asyraf - Utusan Malaysia

Video intim: UMNO, Pas tidak terlibat politik picisan – Asyraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kontroversi klip video intim yang didakwa melibatkan dirinya didalangi orang dalam parti itu membuktikan UMNO dan Pas tidak terlibat dalam perbuatan tidak bertanggunjawab berkenaan.

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika ditemui pemberita pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-60 di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di Kuantan, Pahang hari ini. – UTUSAN ONLINE

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbuatan sedemikian merupakan politik picisan dan negatif serta boleh merosakkan imej negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO mengutuk sekeras-kerasnya permainan politik picisan yang langsung tidak menguntungkan negara.

“Sebaliknya, kita (UMNO) bersama Pas akan terus memberikan tumpuan kepada isu rakyat seperti kos sara hidup, rakyat kini semakin sengsara, itu yang harus diberikan tumpuan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-60 di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin dilaporkan yakin kontroversi klip video intim yang didakwa melibatkan dirinya didalangi orang dalam PKR.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mengulangi dua kali berhubung keyakinannya terhadap dakwaan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini