Bekerja sendiri wajib carum Perkeso - Utusan Malaysia

Bekerja sendiri wajib carum Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG – Rakyat negara ini yang bekerja sendiri akan diwajibkan untuk mencarum dengan Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, caruman itu diwajibkan bagi memberi perlindungan tambahan serta faedah kepada pencarum dan keluarga.

Katanya, setakat ini, caruman berkenaan telah dikuatkuasakan kepada semua pemandu teksi, grab dan perkhidmatan e-hailing berkuatkuasa Julai ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka yang gagal mencarum boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk kompaun maksimum sehingga RM4,000.

“Walau bagaimanapun, kita masih ada budi bicara. Kita akan dahulukan dengan sesi perbincangan dan dialog bersama mereka untuk memberi pemahaman dan didikan,” katanya.

Beliau beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 kepada Mohd Nor Daud, 63, yang kehilangan anaknya, Mohamad Izzuddin, 31, yang meninggal dunia 11 Jun lalu akibat lemas di rumahnya di Kampung Binjai, Batu 31 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, tindakan undang-undang yang diambil kepada mereka yang gagal mencarum ini bukan untuk menzalimi, tetapi untuk melindungi.

“Sepatutnya mereka harus sedar macam mana keprihatinan kerajaan dalam melindungi pekerja.

“Kita akan memperluaskan caruman Perkeso ini, jadi kita akan melihat mana lagi pekerjaan yang berisiko termasuk sektor pertanian, padi, pekebun kecil dan nelayan.

Tambah beliau, caruman Perkeso mempunyai empat kategori dengan jumlah minimum adalah sebanyak RM154 sehingga RM452 setahun.

“Caruman yang paling rendah adalah RM154 setahun iaitu hanya sekitar 0.43 sen sehari tetapi kalau pendapatan tinggi adalah lebih baik mencarum lebih banyak kerana faedah yang diperoleh juga tinggi jika berlaku apa-apa kemalangan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini