Wanita didakwa dera anak kandung ditahan reman - Utusan Malaysia

Wanita didakwa dera anak kandung ditahan reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Seorang wanita yang diburu pihak polis selama lebih sebulan selepas disyaki mendera tiga anak kandungnya akhirnya ditahan semalam.

Wanita berkenaan ditahan selepas melawat anak kandungnya itu di rumah mereka di Rumah Transit Uda, Tanjong Tokong, di sini kira-kira pukul 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis telah lama memerhatikan kawasan perumahan itu dan semalam wanita berkenaan muncul di rumah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wanita berkenaan ditahan reman selama dua hari bermula semalam untuk membantu siasatan.

“Pihak polis akan menunggu arahan daripada pihak pendakwaraya samada untuk menuduh wanita berkenaan atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 4 Mei lalu, polis dilaporkan memburu suspek berusia 42 tahun itu kerana didakwa mendera anak kandungnya yang berusia 11, tujuh dan dua tahun di rumah mereka di Rumah Transit Uda, Tanjong Tokong di sini sejak April lalu.

Seorang anak perempuan suspek yang berusia 11 tahun mengalami lebam pada tangan dan peha manakala dua lagi anak suspek tidak mengalami kecederaan.

Laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat oleh ibu suspek pada 16 April lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini