Bursa Malaysia dibuka tidak berubah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka tidak berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tidak berubah pagi ini dengan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) selama dua hari.

Pada pukul 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) utama susut 1.87 mata kepada 1,636.53 daripada 1,638.40 pada pukul 5 petang pada Jumaat.

Indeks barometer dibuka rendah 1.74 mata kepada 1,636.66.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 64 berbanding 50, dengan 163 kaunter tidak berubah, 1,591 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 110.39 juta bernilai RM30.05 juta.

Pada Isnin, FBM KLCI ditutup rendah, walaupun peningkatan yang kukuh dicatatkan oleh Tenaga Nasional.

Semua saham berharga rendah mengikut langkah sama, diterajui oleh FBM ACE yang merosot – 0.9 peratus, indeks FBM Small Cap (-0.8 peratus) dan FBM Fledgling (-0.5 peratus), manakala majoriti saham pasaran lebih luas susut.

Satu-satunya kaunter untung ialah REITs dan subsektor utiliti, menurut Malacca Securities Sdn. Bhd..

“Bagi dagangan hari ini di Bursa Malaysia ia kelihatan tanpa arah berikutan peserta pasaran menunggu petunjuk baharu untuk memasuki semula pasaran.

“Memandangkan minat pasaran terus berkurangan dengan kebanyakan peserta kekal tidak memasuki pasaran yang telah menyaksikan jumlah dagangan di bawah paras dua bilion saham akhir-akhir ini menunjukkan keadaan pasaran semakin kurang menggalakkan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini