'Tidak mungkin ke Man U' - Utusan Malaysia

‘Tidak mungkin ke Man U’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Legenda Belanda, Ruud Gullit percaya Manchester United akan berputih mata bagi mendapatkan bintang Ajax, Matthijs de Ligt memandangkan mereka tidak beraksi di dalam Liga Juara-Juara.

Bek tengah itu menikmati musim menakjubkan untuk kelab dan negara, dengan mengetuai Ajax mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara, selain mewakili Belanda untuk final Liga Negara-Negara Eropah.

Selain Manchester United, De Ligt juga dikaitkan berhijrah ke pasukan yang akan beraksi di Liga Juara-Juara musim depan iaitu Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak fikir dia akan ke Manchester United, mereka tidak beraksi di Liga Juara-Juara, sebaliknya Liga Europa.

“Saya tahu dia ingin beraksi di Liga Juara-Juara, dan saya yakin Manchester United bukan destinasi dia buat masa ini.

“Ia akan menjadi sukar memandangkan banyak pasukan besar di luar sana yang mungkin berdepan pergantungan perpindahan, jadi saya mahu dia berhati-hati dalam memilih kelab.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini