Adidas dan kuasa pengaruh mikro - Utusan Malaysia

Adidas dan kuasa pengaruh mikro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saya ada terbaca satu artikel pemasaran tentang Adidas beberapa hari lalu. Ia ditulis oleh Seb Joseph yang diterbitkan oleh portal terkenal Digiday.

Ia berkisar tentang pemasaran digital menggunakan ka­edah pengaruh individu mikro atau micro-influencer. Adidas sebagai sebuah jenama sukan terkenal dunia melihat ­ka­edah ini sudah menjadi terlalu ko­mersial dan setiap jenama menggunakan kaedah sama. Hasilnya, semua promosi dilihat seiras dan Adidas tidak mahu para pengguna mereka bosan sekiranya menggunakan taktik serupa.

Jadi mereka membuat sedikit kelainan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengelak daripada menggunakan kaedah biasa, Adidas sebaliknya membina komuniti individu-individu berpengaruh mereka sendiri. Kumpulan ini khusus untuk jenama Adidas sahaja dan individu-individu ini tidak terbuka kepada jenama lain. Mereka ini terdiri daripada yang mempunyai pengikut terlalu besar, agak kecil daripada biasa.

Empat tahun lalu, Ehsan Abassi adalah salah seorang daripada 70,000 peserta yang me­nyertai beberapa acara bola sepak jalanan anjuran Adidas. Tidak lama selepas itu, Ehsan diambil untuk menyertai kumpulan individu-individu berpe­ngaruh di bawah jenama Adidas dan seterusnya diterima masuk ke Tango Squad FC, pasukan bola sepak di bawah Adidas.

Hari ini, dia dapat dilihat bersama Lionel Messi, Paul Pogba dan beberapa bintang bola sepak Adidas lain dalam siri iklan Adidas di seluruh dunia.

Kehadiran individu ber­pengaruh mikro seperti Ehsan amat kritikal kepada kempen-kempen Adidas terutama bola sepak dalam strategi mereka mempengaruhi budaya membeli orang ramai.

Bagaimana cara Adidas menggunakan pengaruh mikro individu seperti Ehsan ini untuk kempen mereka? Ada empat faktor penting:

n Kandungan sesuai

Tidak ada kandungan atau content yang sesuai selain ­video. Video akan menjadi ­lebih berimpak tinggi sekiranya disesuaikan dengan penulisan status yang kreatif. Contoh strategi video terkini mereka ialah Tango Squad FC Show.

Video mereka bermula de­ngan kehidupan seharian Ehsan dan para pemain Tango Squad FC yang lain sebagai orang kebanyakan dan pada masa sama menjalani kehidupan mereka sebagai seorang yang popular dalam kalangan pengikut, sehinggalah terpilih menjadi ­influencer Adidas dan pemain Tango Squad FC. Malah, setiap aksi permainan mereka ­untuk pasukan bola sepak Tango Squad FC juga dirakam dan ­dimasukkan bagi merancakkan Tango Squad FC Show mereka.

n Perspektif kemanusiaan

Di sini, Adidas bijak menggunakan mesej yang cuba disampaikan kerana perspektif video yang dibuat bukan sahaja berkisar tentang permainan bola sepak semata-mata tetapi lebih kepada aspek kehidupan Ehsan dan rakan-rakan lain sebagai insan biasa yang gemar bermain permainan itu. Selang beberapa detik, mereka akan menyelitkan dengan cara tidak terlalu menonjol produk Adidas selama beberapa saat untuk tatapan penonton sebagai pelengkap cerita.

Namun, setiap pembikinan video, tidak kira sama ada berdurasi pendek atau panjang, selera penonton akan diambil kira bagaimana mereka ingin menonton setiap video yang disediakan itu dan akan dikaitkan dengan jenis saluran yang digunakan.

n Pemilihan saluran rasmi

YouTube sebagai saluran rasmi Adidas digunakan secara maksimum bagi proses ‘mengedarkan’ semua video yang diterbitkan. Ia akan menjadi tontonan setiap pengikut media sosial Adidas dari seluruh dunia. Terbaharu, Adidas mula berjinak-jinak juga de­ngan IGTV dan buat masa ini ia dilakukan dengan berhati-hati. Bagi jenama sukan dunia ini, mereka masih lagi membuat ujian kerana masih belum serasi lagi luar dan dalam tentangnya.

n Media sosial individu ­berpengaruh mikro

Selain saluran media sosial rasmi Adidas, populariti individu berpengaruh mikro seperti Ehsan dan rakan-rakan sepasukannya dalam Tango Squad FC juga digunakan. Melalui saluran media sosial ma­sing-masing, video-video ini akan turut mencapai rakan-rakan, jiran, keluarga dan para pengikut media sosial mereka yang lain.

Daripada pembacaan artikel yang menarik ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa dalam kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap jenama yang ada di luar sana tentang penyediaan dan penyebaran kandungan sebagai satu daripada taktik pemasaran, perlu diingat ia tidak semudah disangkakan.

Jenis kandungan yang ingin disediakan, mesej yang cuba disampaikan, perspektif yang bagaimana perlu digunakan dan saluran mana paling ­efektif ­untuk membuat penyebaran amat penting untuk dikenal pasti terlebih dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini