AirAsia mahu 
beralih kepada model ringan aset - Utusan Malaysia

AirAsia mahu 
beralih kepada model ringan aset

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 17 Jun – Perubahan daripada model tradi­sional iaitu memiliki pesawat kepada model penerbangan ringan aset (asset-light) oleh Kumpulan AirAsia adalah selaras de­ngan perkembangan pasaran semasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, dalam pasaran semasa, adalah lebih murah untuk menyewa berban­ding membeli pesawat ketika ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, meskipun menuju ke model ringan aset berkenaan, ini tidak bermakna syarikat penerbangan tambang murah itu akan mengamalkan model berkenaan buat selama-lamanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, kita bertindak berdasarkan situasi pasaran. Jika kadar faedah ini berubah pula selepas ini, kita akan mula membeli pesawat kembali.

“Tetapi kita dalam perjalanan asas untuk mengurangkan ketidaktentuan pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran dek pemerhatian pesawat pertama seumpamanya di Malaysia iaitu Anjung Spotter di sini hari ini.

AirAsia sebelum ini dilaporkan sedang menuju ke arah menjadi sebuah syarikat ringan aset dengan tiada pemilikan pesawat, satu langkah dilihat dapat memberi manfaat besar dalam usaha mengurangkan liabiliti kewangannya.

Pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019, AirAsia Group Bhd. mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM96.09 juta dan turut me­ngumumkan pemberian dividen khas berjumlah 90 sen sesaham kepada pemegang sahamnya.

Namun, keuntungan bersihnya adalah sedikit rendah berbanding RM1.14 bilion yang dicatatkan tahun lalu termasuk keuntungan pelupusan sebahagian daripada subsidiari sebanyak RM350.3 juta dan keuntungan pengukuran terhadap kepentingan tertahan dalam bekas anak syarikat bernilai RM534 .7 juta.

Kumpulan juga menca­tat pendapatan sebanyak RM2.8 bilion pada suku pertama 2019, meningkat sembilan peratus tahun ke tahun daripada RM2.6 bilion pada suku pertama tahun sebelumnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini