Neymar ke Old Trafford? - Utusan Malaysia

Neymar ke Old Trafford?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Manchester United dikatakan bersedia mengambil langkah mengejut membawa Neymar ke Old Trafford jika bintang Brazil itu dilepaskan oleh Paris Saint-Germain (PSG).

Neymar, 27, yang menyertai PSG dari Barcelona menerusi yuran perpindahan 198 juta pound (RM1.03 bilion) pada 2017 telah meledak 58 gol daripada 51 penampilan buat gergasi bola sepak Perancis itu.

Bagaimanapun pelbagai isu yang menghantui penyerang tersebut sejak beberapa bulan lalu mendorong PSG untuk melepaskannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemilik kelab, Nasser Al Khelaifi memberi bayangan sedia menjual Neymar kerana tidak mahu menyimpan ‘diva’ di dalam pasukan.

Pengurus pasukan, Thomas Tuchel pula menegaskan, dia mahu mengurangkan ego dalam pasukannya.

“Keadaan harus diubah sepenuhnya. Pemain-pemain ini perlu bekerja lebih keras.

“Tidak boleh berseronok, dan kalau mereka tidak bersetuju, pintu sentiasa terbuka, ciao! (selamat tinggal). Saya tidak mahu lagi melihat selebriti (diva),” kata Nasser dalam temu bual bersama France Football semalam.

Akhbar Sepanyol, Sport percaya, perkembangan itu meletakkan United dalam keadaan bersiap sedia, apatah lagi tidak banyak kelab yang mampu membayar harga tinggi untuk membeli pemain tersebut.

Neymar bagaimanapun dikatakan lebih berminat untuk kembali ke La Liga sekiranya dilepaskan oleh PSG, dan Barcelona telah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan semula khidmat bekas pemainnya.

Bagaimanapun, Real Madrid yang sedang memburu bintang-bintang dunia bagi melengkapkan skuad ‘Galacticos’ sedia bersaing mendapatkan Neymar.

United yang mungkin kehilangan bintang tengah Perancis, Paul Pogba mengikuti rapat perkembangan Neymar dan bersedia mengorak langkah pada bila-bila masa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini