Juve buat pecutan terakhir - Utusan Malaysia

Juve buat pecutan terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Juventus dilaporkan masih tidak mengaku kalah dalam usaha mereka untuk membawa masuk Matthijs de Ligt pada musim panas ini apabila mencuba buat kali terakhir bagi mendapatkan dia.

Pemain muda Ajax itu menjadi buruan dalam kebanyakan kelab gergasi Eropah selepas mengharungi musim yang menakjubkan bersama kelab dan negaranya.

Barcelona, Juventus dan Manchester United antara kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan tengah itu namun difahamkan Paris Saint Germain (PSG) cuba memberi tawaran lumayan sekali gus meresahkan pencabar yang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, menurut media tempatan Itali, Tuttosport, pengarah Juventus, Pavel Nedved cuba untuk meyakinkan De Ligt memilih berpindah ke Turin.

Difahamkan, Nedved mengadakan rundingan bersama ejen De Ligt iaitu Mino Raiola dan pertemuan tersebut diadakan di Monaco. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini