‘Kami hanya mahu selamatkan Kelantan’ - Utusan Malaysia

‘Kami hanya mahu selamatkan Kelantan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kesediaan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah untuk memikul tanggungjawab mengemudi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) disambut baik oleh ahli gabungan badan induk itu.

Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Tanah Merah Kamarudin Mohamad berkata, kesediaan itu memperlihatkan komitmen tokoh berkenaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

“Saya ucapkan terima kasih kepada beliau (Wan Abdul Rahim) kerana sanggup menawarkan diri untuk jawatan tersebut walaupun sedar bakal berdepan tugas sukar,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Utusan Malaysia semalam melaporkan nama Wan Abdul Rahim antara yang disebut-sebut bakal mengemudi KAFA dalam Kongres Agung Luar Biasa (EGM) nanti.

Selain tokoh itu, Datuk Seri Supardi Md Nor (Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri), Datuk Husam Musa (Pengerusi PH Kelantan), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Pengerusi Bersatu Jeli) dan Datuk Rowi Dollah (Ketua Cabang PKR Bachok) turut disebut-sebut sebagai calon.

Bagaimanapun Supardi, Husam dan Rowi menyatakan pendirian tidak berminat dengan jawatan tersebut.

Kamarudin memberitahu, bagaimanapun gabungan PBJ masih belum membuat ketetapan siapa yang akan dipilih nanti.

Katanya, gabungan itu akan mengadakan perbincangan lanjut untuk memilih siapa yang layak untuk menerajui KAFA.

“Kita buat EGM bukan untuk hancurkan KAFA, sebaliknya mahu menyelamatkan bola sepak Kelantan.

“Jadi beri ruang kepada kami untuk memulihkan semula maruah TRW sekalu pasukan terkuat di saingan Liga M,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini