Video seks: Ada kaitan pihak luar - Utusan Malaysia

Video seks: Ada kaitan pihak luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan pihak luar berkaitan penyebaran video seks sejenis yang mengaitkan seorang menteri kanan Kabinet.

Mukhriz berkata, ia berikutan beliau tidak melihat kejadian itu membawa keuntungan kepada mana-mana pihak di dalam negara termasuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau pembangkang.

Menurutnya, berikutan itu, tindakan berkenaan tidak mustahil mempunyai kaitan dengan situasi politik rantau ini, oleh pihak-pihak yang memiliki agenda tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mahu atau tidak, saya terpaksa membuat kesimpulan mungkin ada unsur-unsur di luar negara yang sebenarnya mempunyai strategi untuk pecah dan perintah, yang merupakan pendekatan lama untuk kepentingan sendiri.

“(Namun), yang menjadi malangnya untuk menjayakan strategi itu adalah ia melibatkan pemain-pemain tempatan yang mungkin mereka tidak sedar bahawa ada kepentingan asing yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini hari ini.

Rabu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui terlibat dalam video intim yang memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel sambil melakukan aksi seksual.

Mukhriz seterusnya berkata, tidak mustahil Haziq Abdullah memiliki sebab-sebab tertentu yang mendorongnya mengaku terlibat dalam video itu.

“Saya tak pasti dia sedar atau tidak kenyataan dikeluarkannya itu yang sebenarnya memudaratkan diri sendiri kerana secara terang-terangan melanggar undang-undang

“Mungkin dia tidak fikir secara mendalam sebelum ambil tindakan itu dan apa yang menyebabkan dia berbuat demikian, sudah tentu ada agenda,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya pengakuan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyifatkan video tersebut merupakan cabaran terbesar kepada PH, ujar Mukhriz, situasi itu melibatkan semua pihak di negara ini.

“Bukan hanya kepada PH, tetapi cabaran kepada kita semua baik kerajaan mahupun pembangkang. Sekiranya tidak diatasi dengan berhemah, masalah ini boleh memudaratkan kita semua.

“Kononnya jika ia dilihat sebagai serangan daripada satu pihak kepada pihak lain dan kemudian ada serangan balas yang tidak henti-henti, maka ia nampak seperti ‘perang saudara’,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini