Ucapan Presiden Pas bukan untuk eksperimen - Utusan Malaysia

Ucapan Presiden Pas bukan untuk eksperimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Kritikan serta serangan pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Pas di Pahang disifatkan satu percubaan untuk mengalih perhatian rakyat daripada pelbagai isu yang kini melanda pakatan itu.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kepemimpinan PH sepatutnya lebih memahami serta menghayati intipati kandungan ucapan yang disampaikan Abdul Hadi dan bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

Beliau yang merupakan calon Naib Presiden Pas pada muktamar itu nanti berkata, pemerintahan Pas sekarang bukan untuk dijadikan ‘eksperimen’ .

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan politikkan (ucapan Presiden Pas) begitu saja, supaya kita boleh faham bahawa kepentingan pemerintahan ini (Pas) bukan main-main dan bukan untuk eksperimen.

“Jadi tentunya bila buat pemilihan dalam pilihan raya lalu kita tak wajar jadikan ia satu eksperimen,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri di Dataran Shahbandar di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan pemimpin PH yang lantang mengkritik ucapan Presiden Pas dalam Muktamar Pas yang sedang berlangsung di Kuantan, Pahang.

Ahmad Samsuri yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas memberitahu, adalah tidak salah membuat teguran tetapi pihak yang berbuat demikian biarlah berfikiran terbuka dan berlapang dada.

Sementara itu, Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi turut bersependapat bahawa tindakan pimpinan PH itu untuk mengalih perhatian rakyat terhadap skandal terbesar pakatan itu terutama isu video. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini