Hubungi polis jika ada maklumat video tular wanita dera kanak-kanak - Utusan Malaysia

Hubungi polis jika ada maklumat video tular wanita dera kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai satu video yang tular hari ini memaparkan seorang wanita mendera kanak-kanak untuk menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Video yang berdurasi seminit 33 saat itu memaparkan seorang wanita memukul dan menampar seorang kanak-kanak ketika menukar lampinnya dan sehingga kini, lokasi dan waktu sebenar kejadian tersebut masih belum dapat dipastikan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, PDRM telah mengesan video tersebut yang tersebar di laman media sosial pada hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Sehingga masa kini, tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui aplikasi pesanan di akaun Facebook dan Twitter rasmi PDRM dan juga melalui aplikasi WhatsApp Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di talian 019-3019930. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini