Remaja dikhuatiri lemas selepas terjun sungai - Utusan Malaysia

Remaja dikhuatiri lemas selepas terjun sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sega dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Jeram Besu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Muhammad Muzzafar Shah Mohamad Rozi, 13, dikatakan pergi ke sungai berkenaan untuk merakam gambar bersama dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa dikatakan terjun ke dalam sungai dan dikhuatiri lemas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua rakannya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal kerana keadaan pasir jerlus.

“Pihak kami menerima laporan pada pukul 6.20 petang operasi mencari serta menyelamat terus dilakukan dengan bantuan anggota bomba dan penduduk kampung,” katanya.

Menurut beliau, operasi dijalankan di kawasan tebing sungai sahaja kerana keadaan cuaca sudah gelap dan akan disambung esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini