Ahli Parlimen Sri Lanka ingkar permintaan Presiden - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Sri Lanka ingkar permintaan Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO – Parlimen Sri Lanka hari ini ingkar permintaan Presiden Maithripala Sirisena dengan meneruskan siasatan isu keselamatan sekitar pengeboman bunuh diri Easter yang membunuh 258 orang.

Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) memulakan pendengaran testimoni daripada pemimpin Muslim yang mendakwa berulang kali mengingatkan pihak berkuasa mengenai bahaya radikalisme.

Minggu lalu, Maithripala meminta Kabinet perikatannya untuk menghentikan pendengaran yang telah mendedahkan pegawai kanan polis dan keselamatan dibawahnya mengabaikan amaran risikan berulang kali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Maithripala memecat ketua perisikan pada hujung minggu itu selepas memberitahu bahawa serangan dapat dielakkan jika polis dibenarkan menahan ketua kumpulan berkenaan seawal tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini