LISBON – Pengendali Belanda, Ronald Koeman mendedahkan bahawa pasukan itu mencari jentera serangan yang lebih bagus sekiranya mahu mencabar kejuaraan utama di persada antarabangsa.
Portugal muncul juara Liga Negara-Negara Eropah selepas menundukkan Belanda 1-0 menerusi jaringan Goncalo Guedes.
The Oranje menampilkan aksi luar biasa dengan mengenepikan cabaran Jerman, Perancis dan England untuk ke final kejohanan itu selepas gagal ke saingan Euro 2016 dan Piala Dunia 2018.
Belanda memiliki barisan pemain cemerlang termasuk Virgil van Dijk, Matthijs de Ligt dan Frenkie de Jong namun Koeman mengakui pasukan itu tidak cukup ampuh di bahagian serangan.
“Kami tidak cukup bagus, lihat sahaja aksi hari ini.
“Kami tahu perlu berada di tahap terbaik untuk menang tetapi kami gagal.
“Pasukan ini sudah memulakan langkah besar dalam tempoh sethaun termasuk mengetepikan beberapa gergasi Eropah termasuk Jerman, Perancis, England dan Portugal.
“Kami perlukan masa untuk memperkuatkan bahagian serangan,” kata Koeman.
Bagaimanapun, Koeman tetap memuji pemain-pemainnya dan merasakan kejohanan itu membantu memperkemaskan corak permainan Belanda.-AGENSI











