Hazard beri nafas baharu kepada Real - Utusan Malaysia

Hazard beri nafas baharu kepada Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Sergio Ramos yakin kehadiran Eden Hazard ke Real Madrid mampu memberi nafas baharu kepada kelab itu.

Hazard melengkapkan perpindahan ke Santigo Bernebeu dengan nilai 140 juta euro (RM657.15 juta) dan pada masa sama Ramos percaya, bintang Belgium itu mampu membantu Real mencabar kejuaraan La Liga musim hadapan.

Skuad kendalian Zinedine Zidane tewas tiga daripada empat aksi terakhir liga musim ini dan ketinggalan 19 mata di belakang juara, Barcelona.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyokong Real mengharapkan kehadiran Hazard mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo.

“Saya gembira dengan kehadiran Hazard dan saya lihat ini sebagai perpindahan yang hebat kerana dia adalah pemain terbaik dunia.

“Saya melihat ia sesuatu yang bagus untuk membina semula pasukan dengan kehadiran pemain baharu,” katanya.

Ramos sebelum ini membuat keputusan untuk terus bersama Real sehingga bersara sekali gus menamatkan spekulasi yang menyatakan dia akan menyertai Liga Super China.

Pemain berusia 33 tahun itu kini sedang beraksi bersama Sepanyol bagi aksi kelayakan Euro 2020.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini