Ronaldo pancing De Ligt ke Juventus - Utusan Malaysia

Ronaldo pancing De Ligt ke Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON – Bintang Ajax, Matthijs De Ligt mendedahkan bahawa Cristiano Ronaldo bertanya kepada dirinya sama ada berminat untuk bersamanya di Juventus musim hadapan.

Pemain berusia 19 tahun itu dijangka melengkapkan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG) tidak lama lagi dan pada masa sama, Barcelona juga bermiant untuk mendapatkan pemain pertahanan itu.

Ronaldo bagaimanapun tidak mempersia-siakan peluang apabila cuba menggunakan pengaruhnya untuk membawa De Ligt ke Turin sejurus tamat aksi final Liga Negara-Negara Eropah yang menyaksikan Portugal menang 1-0 ke atas Belanda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ya, dia ada bertanya kepada saya.

“Pada awalnya saya tidak faham. Rasa terkejut itu memang ada, jadi saya ketawa dan tidak memberikan sebarang jawapan.

“Sebaik tamat perlawanan, saya tidak pedulikannya kerana kecewa selepas tewas tetapi ya, ia berlaku,” katanya.

Manchester United dan Liverpool juga dikaitkan dengan perpindahan pertahanan tengah itu selepas dia beraksi cemerlang dengan membantu Ajax mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara, musim ini.

“Buat masa sekarang, saya mahu bercuti dan berehat.

“Kita sama-sama lihat sama ada ia akan berlaku atau tidak,” kata De Ligt.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini