KUALA LUMPUR- Sebanyak 11 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 di sekitar daerah Tuaran, Sabah dalam Op Tapis dan Op Sarang yang dijalankan sejak 3 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintenden, Mohd. Hamizi Halim berkata, operasi itu dilakukan bagi mengekang masalah jenayah dan dadah di kawasan berkenaan.
“Kesemua individu yang ditahan itu berumur antara 25 dan 45 tahun.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tumpuan operasi di sekitar taman perumahan Telipok Ria, Taman Sri Rugarding dan Kampung Bakut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, pihak beliau turut merampas dadah jenis syabu seberat 6.42 gram dianggarkan bernilai RM963.- BERNAMA











