PAC mungkin bentang laporan kehilangan bayaran balik GST pada Julai - Utusan Malaysia

PAC mungkin bentang laporan kehilangan bayaran balik GST pada Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Laporan siasatan mengenai dakwaan kehilangan sehingga RM19.47 bilion wang tuntutan bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) kononnya ‘dirompak’ oleh kerajaan terdahulu mungkin dibentangkan dalam sidang Parlimen pada Julai ini.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh kepada portal Malaysiakini, pihaknya sudah menyelesaikan prosiding berhubung pemulangan GST dan akan mengemas kini laporan itu pada 19 Jun.

“Saya percaya laporan itu akan dibentang pada minggu pertama persidangan Dewan Rakyat,” katanya yang dipetik daripada portal tersebut hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika sidang Dewan Rakyat tahun lalu mendakwa wang tuntutan GST itu ‘dirompak’ semasa kerajaan terdahulu sehingga menyebabkan perkara itu dibawa ke PAC untuk mengesan apakah sebenarnya yang berlaku.

Sebelum ini dilaporkan bahawa siasatan PAC itu boleh diselesaikan pada Disember 2018 dan akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada Mac 2019, namun tidak dilakukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini