Ramos dedikasi rekod kemenangan kepada Reyes - Utusan Malaysia

Ramos dedikasi rekod kemenangan kepada Reyes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORSHAVN, Kepuluan Faroe – Sergio Ramos mendedikasikan rekod kemenangan terbanyak di pentas antarabangsa miliknya kepada bekas rakan sepasukannya, Jose Antonio Reyes.

Kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Faroe semalam membolehkan Ramos mengatasi Iker Casillas dalam carta sepanjang zaman setelah meraih kemenangan ke-112 dengan dia membuka tirai jaringan dalam perlawanan itu.

Rmaos membuat penampilan sulung bersama skuad senior pada 2005 dan berjaya menjulang trofi Piala Dunia selain dua kejuaraan Eropah sepanjang bersama Sepanyol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Susulan pencapaian terbaharu yang diraihnya, Ramos memberikan penghormatan buat bekas pemain Sevilla dan Arsenal, Reyes, yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya minggu lalu.

“Selepas tragedi yang menimpa rakan kami, Reyes, pastinya memecahkan rekod menerusi gol tandukan merupakan cara terbaik untuk mengingatinya. Ia sangat bermakna buat saya.

“Saya dedikasikannya kepada keluarga Reyes. Semoga dia tenang di sana.

“Diharapkan, kami dapat meneruskan kemenangan. Ia mampu menjadi petanda baik,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini