Mancini mahu lebih banyak gol - Utusan Malaysia

Mancini mahu lebih banyak gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS – Roberto Mancini berhasrat untuk menyaksikan lebih banyak gol semasa Itali menundukkan Greece 3-0 dalam saingan Kumpulan J, kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.

The Azzurri menampilkan aksi dominan dalam perlawanan dengan kesemua gol terhasil semasa babak pertama menerusi Nicolo Barella, Lorenzo Insigne dan Leonardo Bonucci sekali gus mengekalkan rekod bersih dalam tiga perlawanan.

Bagaimanapun, Mancini mahu anak-anak buahnya terus mempamerkan aksi lebih cemerlang dalam perlawanan akan datang sambil melihat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini bukan persembahan terbaik kami.

“Kami perlu menunjukkan peningkatan dan apabila kami bermain dengan baik seawal minit pertama, semuanya berjalan dengan baik.

“Kami patut lebih klinikal di bahagian serangan dan kami gagal menyempurnakan beberapa peluang selain berisiko dibolosi menerusi serangan balas Greece,” katanya.

Sementara itu, Insigne jelas teruja apabila berjaya meledak gol pertamanya bersama Itali selepas lebih setahun.

“Saya perlu jaringkan gol dengan memakai jersi istimewa ini.

“Selain itu, kami memerlukan tiga mata dalam perlawanan ini dan kini kami perlu berehat sebelum beraksi sekali lagi, Selasa ini,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini