Lapangan terbang bersempena nama Muhammad Ali di Louisville - Utusan Malaysia

Lapangan terbang bersempena nama Muhammad Ali di Louisville

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 9 Jun – Sebagai menghargai sumbangan petinju lagenda, Muhammad Ali, nama Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville, Kentucky kini ditukar nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Muhammad Ali, bermula Januari lalu.

USA Today melaporkan, lapangan terbang itu juga kini mempunyai logo baharu, yang direka cipta oleh Badge Design sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula.

Logo yang dilhamkan daripada siluet Ali itu turut menampilkan lengan yang menyerupai rama-rama sementara warna merah dan jingga dipilih sebagai menunjukkan kekuatan dan kuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengumuman itu dibuat pada satu majlis yang dihadiri oleh balu Allahyarham, Lonnie Ali, wakil dari Pusat Muhammad Ali dan ahli pejabat Datuk Bandar Greg Fischer. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini