Oranje tidak hanya fokus Ronaldo - Van Dijk - Utusan Malaysia

Oranje tidak hanya fokus Ronaldo – Van Dijk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO, Portugal – Pemain pertahanan terbaik Eropah, Virgil van Dijk mengakui, skuad Belanda perlu berwaspada dengan semua pemain dalam skuad Portugal dan bukan hanya memfokuskan kepada Cristiano Ronaldo menjelang perlawanan akhir Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Estadio do Dragao awal pagi esok.

Belanda menempah tiket perlawanan akhir selepas menewaskan England 3-1 ketika aksi diheret ke masa tambahan pada Selasa lalu.

“Kami bukan hanya terpaksa berdepan Ronaldo tetapi kesemua pemain Portugal yang sangat hebat. Apa-apa pun, kami memerlukan rancangan teliti sekiranya mahu menjadi juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah tidak sabar untuk berentap dan berjanji akan memberikan segala-galanya dengan harapan trofi kejuaraan akan menjadi milik kami. Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada aksi final nanti. Saya menjangkakan semua penonton akan teruja melihat pertembungan dua kuasa besar ini,” katanya.

Sebagai rekod, pemain Liverpool itu telah membuktikan reputasinya sebagai pemain pertahanan terbaik dunia apabila membantu skuad The Reds merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara dengan menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 pada aksi final baru-baru ini.

Bekas pemain Southampton itu juga mengakui tertarik dengan kelibat pemain muda lincah, Joao Felix yang menjadi pemain utama Portugal walaupun baru berusia 19 tahun.

“Dia mempunyai bakat yang hebat lebih-lebih lagi apabila menja­ringkan gol hatrik pada perlawanan Liga Europa menentang Eintracht Frankfurt. Masa depannya sangat cerah dan saya percaya jika dia bijak memilih pasukan, dia akan menjadi pemain terbaik dunia, “ jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini