Sisa plastik: Kastam ketatkan pemeriksaan kontena - Utusan Malaysia

Sisa plastik: Kastam ketatkan pemeriksaan kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemeriksaan lebih ketat akan dilakukan terhadap kontena di semua pelabuhan bagi memastikan tiada bahan sisa plastik yang dilarang lepas masuk ke negara ini.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abdul Halim berkata, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membanteras kegiatan haram itu.

“Kami melakukan pemeriksaan yang lebih ketat terhadap kontena-kontena yang masuk ke dalam negara terutama di Pelabuhan Klang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kastam juga menyertai pasukan khas yang diwujudkan oleh kerajaan dan memandang serius kegiatan membawa masuk sisa plastik ke dalam negara,” katanya kepada Bernama.

Isu sisa plastik mendapat perhatian apabila media melaporkan beratus-ratus kontena di Pelabuhan Klang yang diperiksa dalam 10 operasi pihak berkuasa mengandungi sampah haram yang dibawa masuk ke dalam negara. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini