Peragut berjaya ditahan orang awam - Utusan Malaysia

Peragut berjaya ditahan orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seorang peragut berjaya ditahan apabila gagal melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang wanita warganegara China pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, polis menerima laporan pada pukul 9 malam berhubung kes berkenaan.

“Suspek merupakan lelaki tempatan berumur 23 tahun ditangkap oleh orang awam selepas mendengar jeritan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Habibi berkata, ketika kejadian mangsa sedang melalui kawasan belakang perpustakaan lama, Jalan Gaya sebelum diragut dari arah belakang.

Katanya, mangsa mendapat semula beg tangan yang mengandungi duit dan pasport antarabangsa.

Suspek telah direman sehingga 14 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini