Peluang lawat ISS 2020 - Utusan Malaysia

Peluang lawat ISS 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 8 Jun – Bermula tahun hadapan, orang ramai berpeluang untuk mengunjungi Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dengan bayaran penginapan AS$35,000 (RM145,180) untuk satu malam.

Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) mengumumkan agensi itu bakal membuka ISS kepada perniagaan komersial dan pelanco­ngan angkasa tahun depan.

Pengumuman itu dibuat ketika agensi terbabit berhasrat mengurangkan tanggungan kewangan terhadap makmal yang mengorbit planet Bumi ber­kenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Kewangan NASA, Jeff DeWit memberitahu, NASA membuka ISS kepada peluang pengkomersialan dan pemasaran buat pertama kalinya dalam sejarah NASA.

“Kita tidak pernah melakukan perkara ini kepada orang ramai sebelum ini,” katanya.

Pelancongan angkasa ke ISS bukanlah sesuatu yang baharu kerana pada tahun 2001, seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) diberi penghormatan untuk mengunjunginya dengan bayaran AS$20 juta (RM83 juta), diikuti pengasas Guy Laliberte, Cirque du Soleil, lapan tahun kemudian.

Namun menurut Timbalan Pengarah ISS, Robyn Gaten, kunjungan ‘angkasawan persendirian’ itu dihadkan kepada dua lawatan singkat setiap tahun.

Katanya, misi itu dibenarkan untuk berada di ISS sehingga 30 hari dan hanya 12 angkasawan persendirian boleh melawat ISS pada setiap tahun.

Angkasawan persendirian ini akan dibawa secara eksklusif oleh dua syarikat yang sedang membangunkan kenderaan untuk NASA termasuk SpaceX dan Boeing.

Syarikat terbabit akan memi­lih pelanggan dan mengenakan bayaran untuk perjalanan ke ISS dan menjadi pengembaraan paling mahal kira-kira AS$58 juta (RM240.58 juta) bagi tiket perjalanan dua hala.

Bayaran penginapan RM145,180 bagi satu malam itu merangkumi kos penggunaan stesen NASA, makanan dan peralatan sokongan pernafasan.

Bagaimanapun bayaran tambahan akan dikenakan untuk perkhidmatan internet iaitu AS$50 (RM207) bagi setiap gigabyte yang digunakan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini