75 peratus pekebun kecil sawit disasar miliki sijil MSPO - Utusan Malaysia

75 peratus pekebun kecil sawit disasar miliki sijil MSPO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kementerian Industri Utama menyasarkan sekurang-kurangnya 75 peratus daripada keseluruhan pekebun kecil sawit di negara ini mempunyai pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjelang 1 Januari 2020.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, buat masa ini dianggarkan hanya 35 peratus daripada keseluruhan 600,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara mempunyai pensijilan tersebut.

Menurutnya, pensijilan MSPO penting bagi memastikan setiap titis minyak sawit di negara ini diiktiraf sebagai minyak berkualiti melalui perakuan sijil tersebut seterusnya dapat meningkatkan harga pasaran sawit pada masa depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab itu kita (kementerian) sedang berusaha bersungguh-sungguh ke arah mencapai 100 peratus pensijilan MSPO.

“Oleh itu, kita harap kumpulan pekebun kecil dapat tampil membantu kita (memiliki sijil) dan dalam masa sama, kerajaan bantu mereka juga kerana dengan adanya pensijilan maka kualiti dan harga sawit boleh ditingkatkan,” katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Parlimen Hang Tuah Jaya di Terminal Melaka Sentral, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini