Lima bayi, dua OKU dipindahkan akibat banjir di Changkat Jong - Utusan Malaysia

Lima bayi, dua OKU dipindahkan akibat banjir di Changkat Jong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN – Lima bayi dan dua orang kurang upaya (OKU) antara 101 penduduk dari tiga buah kampung di Changkat Jong yang dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan banjir yang melanda kampung mereka sejak semalam.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hilir Perak berkata, semua penduduk dari Kampung Batu 7 1/2, Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9 itu ditempatkan di Sekolah Kebanggsan (SK) Changkat Jong yang dibuka pada pukul 6 petang semalam.

Katanya, penduduk yang dipindahkan itu terdiri daripada dewasa lelaki dan wanita masing-masing seramai 24 orang, kanak-kanak lelaki (18), kanak-kanak perempuan (27), bayi lelaki (3), bayi perempuan (2) dan seorang OKU perempuan dan lelaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hujan lebat selama beberapa jam sejak hari terakhir puasa menyebabkan rumah penduduk yang terletak di kawasan rendah mula dinaiki air.

“Keadaan bertambah buruk apabila paras air di Sungai Bidor meningkat dan melimpah ke kawasan perumahan penduduk hingga mereka terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara semalam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini