Pelantikan Latheefa muktamad - Tun M - Utusan Malaysia

Pelantikan Latheefa muktamad – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu adalah keputusan muktamad, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata, lantikan itu dibuat seperti mana beliau melantik pegawai lain.

“Tidak ada masalah, saya lantik banyak orang, pegawai yang saya terpaksa lantik dan ini (pelantikan Latheefa) satu daripada pegawai, itu saja. (keputusan melantik Latheefa) Kalau dah putus, muktamadlah, takkan nak tarik balik, nanti kata saya ‘u-turn’ pula,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir di Seri Mentaloon di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut serta, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan isteri Menteri Besar Kedah, Tok Puan Norzieta Zakaria.

Mahathir berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lepas yang berpendapat Perdana Menteri perlu memperjelaskan pelantikan Latheefa itu selain ditanya mengenai keputusan pelantikan berkenaan itu muktamad ataupun tidak.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa hubungannya dengan Anwar masih baik dan tidak menghadapi sebarang masalah dan menganggap Presiden PKR berkenaan berhak mendapatkan penjelasan mengenai pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu itu.

“Dia berhak nak tanya dan saya berhak menjawab,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini