Kereta baharu Exco Perak untuk jimat kos, tingkat keselamatan - Utusan Malaysia

Kereta baharu Exco Perak untuk jimat kos, tingkat keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pembelian 16 kereta Toyota Camry oleh kerajaan negeri Perak dengan harga keseluruhan kira-kira RM1.74 juta dibuat berdasarkan jangkaan kos penyelenggaraan yang lebih rendah selain memberi keselamatan lebih baik kepada Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco). 

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, kenderaan yang digunakan oleh Exco sebelum ini sering mengalami kerosakan dan memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Ia bukan isunya kerana pertukaran kereta memang dilakukan setiap lima tahun sejajar dengan dasar kerajaan negeri sedia ada dan kereta yang digunakan Exco sudah melebihi lima tahun malah ada yang enjin kenderaan dinaiki secara tiba-tiba mati di tengah jalan dan lebih teruk ada yang wayar terbakar,”.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Exco berhadapan tugas-tugas besar dan perlu sentiasa tiba di lokasi atau menghadiri program-program dengan cepat tetapi terpaksa menghadapi halangan apabila terjadi masalah kereta rosak,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Mahasiswa Perak anjuran Yayasan Perak dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Perak di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini