Apa rasionalnya pelantikan Latheefa? - Utusan Malaysia

Apa rasionalnya pelantikan Latheefa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Latheefa Koya dilihat menimbulkan banyak persoalan dan kebimbangan pelbagai pihak di negara ini.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, walaupun pelantikan tersebut sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang, ia disifatkan sebagai tidak menepati janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Malah katanya, persoalan turut timbul kerana Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen (JKPP) yang bertujuan untuk mengurangkan campur tangan politik terhadap kedudukan penting utama negara tidak terlibat dalam proses pelantikan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelantikannya hanya melibatkan satu pihak sahaja iaitu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tanpa berunding dengan pemimpin PH.

“Ia juga menimbulkan konflik kepentingan kerana Latheefa menjadi anggota dan telah memegang jawatan penting dalam PKR. Selain itu, PPMM yakin bahawa perlantikan itu akan mengikis kepercayaan terhadap SPRM dan juga anggotanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zainul Rijal berkata, pelantikan itu juga akan menimbulkan persepsi buruk terhadap tahap integriti agensi yang ditugaskan dalam memerangi rasuah dan penyalah gunaan kuasa sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

“Walaupun kami bersetuju dengan pendirian tegas Latheefa untuk memerangi rasuah pada hari pertama pelantikannya, rakyat juga mungkin menentang pelantikan ini.

“Oleh itu, pihak berkenaan perlu memberi penjelasan sewajarnya,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini