Op Selamat: 19 kematian di Perak - Utusan Malaysia

Op Selamat: 19 kematian di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Sebanyak 19 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di negeri ini dalam tempoh 10 hari Op Selamat 15/2019 dijalankan sejak 29 Mei lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, angka kematian sehingga semalam itu direkodkan daripada 18 kes kemalangan maut dengan tiga kes terbaharu di daerah Hilir Perak, Ipoh dan kerian.

Katanya, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak lima kematian daripada 18 kes kemalangan maut berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 24 kematian akibat 23 kes kemalangan maut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara keseluruhannya, sehingga semalam Op Selamat di Perak merekodkan 1,362 kes kemalangan jalan raya berbanding 1,257 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 18 kes kemalangan maut dengan 19 kematian, cedera parah dan cedera ringan masing-masing 17 kes manakala kenderaan rosak pula sebanyak 1,291 kes,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Menurut Razarudin, daerah ini mencatatkan kes kemalangan tertinggi iaitu sebanyak 419 kemalangan diikuti Taiping (183), Tapah (112), Hilir Perak (105), Manjung (93), Kuala Kangsar (83), Kerian (74) dan Gerik (68).

Katanya, bagi daerah lain pula merekodkan 63 kemalangan di Muallim, Kampar (55), Perak Tengah (45), Batu Gajah (40), Sungai Siput (15), Selama (6) dan Pengkalan Hulu dengan satu kes.

“Sebanyak 14,980 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap pengguna jalan raya berbanding 24,402 saman tahun lalu.

“Selain itu, sebanyak 30 saman turut dikeluarkan kepada pengguna jalan raya menerusi Op Lampu Merah yang diadakan di Jalan Tambun di sini semalam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini