3,000 anak perantauan Terengganu diraikan - Utusan Malaysia

3,000 anak perantauan Terengganu diraikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Kira-kira 3,000 anak Terengganu di perantauan hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Anak Terengganu di Perantauan 2019 di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini malam tadi.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ahmad Samsuri berkata, program tradisi itu bertujuan mendekatkan kerajaan negeri dengan anak-anak Terengganu di perantauan untuk sama-sama merasai kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dengan cara yang lebih santai dan mesra.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan bagi merapatkan lagi hubungan ini, kita akan adakan perbincangan meja bulat dengan wakil-wakil mereka dan beri idea dalam forum lebih kecil untuk sama-sama sumbang saran pandangan dalam membantu pentadbiran negeri.

“Semua cadangan dan sumbangan pemikiran anak-anak perantauan ini akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri dalam usaha memajukan Terengganu dan kita lihat bagaimana pencapaian boleh ditambah baik selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis.

Yang hadir sama, isterinya, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman; Presiden Pas merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini