KUALA LUMPUR – Kesesakan teruk berlaku di Kilometer 55 Jalan Kuala Lumpur menghala ke Ipoh, Perak ekoran pokok tumbang sehingga menghalang kedua-dua arah laluan pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi ini, bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Phai berkata, semasa petugas Op Selamat 15 dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor yang diketuai oleh Inspektor, Abdulah Hafiz telah menjalankan rondaan cegah kemalangan.
Ujarnya, mereka kemudiannya telah memberi bantuan bersama Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba bagi membantu membersihkan pokok yang telah tumbang di atas jalan.
“Kejadian itu menyebabkan kedua-dua jalan tersebut terhalang.
“Namun, kedua-dua arah tersebut telah dibuka kepada semua kenderaan selepas kerja-kerja pengalihan pokok tersebut dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE










