PARIS – Rafael Nadal meneruskan misi memburu kejuaraan ke-12 selepas mengetepikan musuh tradisi, Roger Federer dalam separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Perancis, hari ini.
Turun sebagai juara bertahan, jaguh Sepanyol berusia 33 tahun itu menang 6-3, 6-4, 6-2 di Gelanggang Philippe Chatrier dan bakal bertemu sama ada pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic atau pilihan keempat dari Austria, Dominic Thiem esok.
“Menentang Roger di sini sangat menarik.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Syabas kerana dia masih handal pada usia 37 tahun, ia sangat mengagumkan. Terima kasih kepada peminat di Paris juga kerana menyokong saya sekali lagi di final,“ kata Nadal. – AFP










