Mohamad, Guan Eng rai Aidilfitri bersama anggota Malbatt 850-6   - Utusan Malaysia

Mohamad, Guan Eng rai Aidilfitri bersama anggota Malbatt 850-6  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR –  Walau jauh beribu batu dari tanah air dan keluarga demi amanah yang digalas menjaga keamanan sejagat, namun pegawai dan anggota tentera Misi Pengaman Batalion Malaysia 850-6 (Malbatt 850-6) yang berkhidmat di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) United Nations Interim Force in Lebanon (Unifil) sedikit terubat dengan kehadiran Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

 

Mohamad yang dalam lawatan ke kawasan pasukan Pengaman Malaysia itu turut disertai Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

Mohamad dalam ucapannya pada majlis Sambutan Aidilfitri yang mana sehari lebih awal dari sambutan di Malaysia telah merakam penghargaan atas pengorbanan besar setiap anggota serta mengharapkan setiap warganya sentiasa tabah memikul tugas diamanahkan walaupun berada di perantauan.

 

Di majlis itu juga, beliau menyampaikan sumbangan bungkusan beg raya yang disediakan oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Walaupun pemberian tersebut tidak menyamai nilai sebuah pengorbanan warga Malbatt 850-6 namun sedikit sebanyak menjadi satu kegembiraan bagi pegawai dan anggota menyambut hari raya di bumi Lubnan itu.

 

Walaupun jauh dari Malaysia, hidangan juadah seperti dodol, lemang dan ketupat yang merupakan juadah wajib rakyat Malaysia ini tetap disediakan.

Elemen Kor Perkhidmatan Diraja yang diketuai oleh Mejar Ridzuan Norman dipertanggungjawabkan dalam menyediakan hidangan tersebut yang dilihat mengubati rasa kerinduan setiap mereka yang tidak dapat menyambutnya bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.  

 

Majlis tersebut turut diserikan dengan tayangan video rakaman ucapan Hari Raya daripada keluarga Menteri  Pertahanan dan delegasi yang mengiringi  serta ucapan disampaikan oleh setiap elemen di dalam Malbatt 850-6.

 

Komander Malbatt 850-6Kolonel Azhan Md. Othman turut melahirkan rasa terharu apabila dipaparkan ucapan yang datangnya daripada keluarga serta lebih menyentuh hati beliau adalah ucapan daripada ibu sendiri.

 

Lawatan kedua-dua Menteri turut diiringi oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah; Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Zulkapri bin Rahamat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini