Kanak-kanak 8 tahun maut dalam kemalangan awal pagi raya - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 8 tahun maut dalam kemalangan awal pagi raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan maut setelah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaikinya bersama empat lagi anggota keluarga terlibat dalam kemalangan di Sungai Ambat, Jalan Jemaluang, Mersing, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, Marisa Az Zahra Mazlan, lapan tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Bapa, ibu dan dua adik beradiknya yang lain yang turut berada dalam kenderaan pula disahkan sekadar mengalami cedera ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata kejadian dipercayai berlaku ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Felda Tenggaroh.

Sampai di satu kawasan, kenderaan yang dipandu bapa mangsa dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan. 

Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1952. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini