Jururawat maut tali kain rentang tersangkut leher - Utusan Malaysia

Jururawat maut tali kain rentang tersangkut leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA – Seorang jururawat yang menunggang skuter maut selepas dipercayai terlanggar tali kain rentang dalam kejadian di simpang tiga berdekatan sebuah pasar raya, Jalan Pekan Jitra 2, di sini, malam tadi.

SITI ROFIDAH MD. KHIR

Dalam kejadian pada pukul 10.15 malam itu, mangsa, Siti Rofidah Md. Khir, 27, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli kelengkapan untuk membuat kuih raya.

Siti Rofidah yang mengalami kecederaan parah di bahagian leher dikejarkan ke Hospital Jitra, di sini sebelum disahkan meninggal dunia selepas hampir sejam menerima rawatan di wad kecemasan hospital itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, mangsa yang menunggang skuter jenis Yamaha bertugas di Hospital Besar Pulau Pinang dan pulang ke kampung halamannya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim berkata, mangsa dipercayai tidak menyedari tali kain rentang yang tergantung dalam keadaan melintang di hadapannya kerana kawasan terbabit gelap.

“Tali tersebut telah tersangkut pada lehernya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh bersama-sama motosikal yang ditunggangnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Ismail berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini