England masih mampu cipta kecemerlangan - Utusan Malaysia

England masih mampu cipta kecemerlangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO – Kapten England, Harry Kane akui sekiranya skuad Three Lions berupaya meraih gelaran dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah maka ia mampu meningkatkan motivasi semua pemain bagi meraih gelaran lebih besar.

England mara ke peringkat empat terbaik kejohanan tersebut dan akan menentang Belanda di Guimaraes, awal pagi Khamis ini dengan perlawanan final dijadual berlangsung pada awal pagi Isnin menentang sama ada tuan rumah Portugal atau Switzerland.

Ketika ini skuad kendalian Gareth Southgate telah menunjukkan peningkatan positif terutama apabila melangkah ke separuh akhir Piala Dunia di Russia tahun lalu malah kemenangan ke atas Croatia dan Sepanyol di peringkat kumpulan Liga Negara-Negara Eropah menunjukkan perkembangan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Kane, biarpun kali terakhir England meraih pencapaian gemilang ketika memenangi Piala Dunia 1966 telah lama berlalu namun semangat mereka untuk mendapatkan gelaran di peringkat tertinggi masih membara.

“Ia masih peluang untuk memenangi trofi bersama jersi England, dan 1966 sudah lama berlalu.

“Kami semua mahu memenangi trofi dan pengalaman itu akan dikongsi bersama pasukan serta peminat,” kata Kane. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini