CT Motorsports tumpuan peminat kereta mewah - Utusan Malaysia

CT Motorsports tumpuan peminat kereta mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – CT Brothers Sdn. Bhd. pemilik outlet CT Motorsports, optimis terhadap perniagaan yang menawarkan perkhidmatan pemasangan badan kereta khususnya bagi kenderaan mewah, masih mendapat permintaan tinggi daripada kumpulan kecil peminatnya.

Pengasas bersama syarikat, Bruce Tee berkata, ini dapat dilihat daripada jumlah pelanggan yang datang ke cawangannya di Petaling Jaya, Selangor lebih daripada 100 buah kenderaan setiap bulan.

“Perniagaan ini sangat khusus kepada peminatnya yang tersendiri, meskipun pasarannya dilihat agak kecil tetapi permintaannya tetap tinggi kerana di Malaysia terdapat ramai peminat kenderaan mewah,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian cawangan baharu CT Motorsport di Petaling Jaya dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengasas bersama syarikat, Cy Chong.

Bruce menjelaskan, kos bagi khidmat pemasangan badan kenderaan ialah antara RM2,000 hingga RM10,000 bergantung kepada permintaan pelanggan yang berumur antara 25 hingga 65 tahun,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini