Barty sekat Kenin terus buat kejutan - Utusan Malaysia

Barty sekat Kenin terus buat kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Pemain muda Australia yang diletakkan selaku pilihan kelapan, Ashleigh Barty menewaskan Sofia Kenin, yang mengejutkan Serena Williams pada pusingan ketiga, untuk melayakkan diri ke suku akhir Grand Slam buat kali kedua berturut-turut di Terbuka Perancis, hari ini.

Barty, yang turut melangkah ke peringkat lapan terbaik pada Terbuka Australia, awal tahun ni, melakar kemenangan 6-3, 3-6, 6-0 di Gelanggang Philippe Chatrier bagi mencatat pertemuan dengan pilihan ke-14, Madison Keys dari Amerika Syarikat.

“Ini kali pertama, minggu ini, saya bermain di dalam gelanggang yang cantik ini dan saya cuma mahu menikmati keseronokan beraksi di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bermain kriket adalah sesuatu yang hebat, ia menjadikan saya lebih dahaga untuk kembali dan mencipta kejayaan dalam tenis,” kata bekas pemain kriket berusia 23 tahun itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini