9 maut, pemerintah tentera Sudan cuba lerai mogok duduk - Utusan Malaysia

9 maut, pemerintah tentera Sudan cuba lerai mogok duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM 3 Jun – Jumlah mangsa maut meningkat kepada sembilan orang setelah pemerintah tentera Sudan cuba menyuraikan mogok duduk di luar ibu pejabat tentera, hari ini.

Angkatan keselamatan bersenjata berat dengan trak pikap bersama mesingan digerakkan di seluruh ibu negara disamping bunyi tembakan kedengaran daripad tapak mogok oleh wartawan AFP.

Jawatankuasa Sentral Doktor-Doktor Sudan berkata, jumlah kematian daripada pembunuhan beramai-ramai tersebut meningkatkan kepada sembilan orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, turut dilaporkan ‘sejumlah besar orang mengalami kecederaan kritikal’ dan permohonan ‘sokongan segera’ daripada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan organisasi kemanusian lain.

Amerika Syarikat (AS) dan Britain meminta tindakan itu dihentikan terhadap peserta mogok duduk yang mahukan pemerintah tentera mengembalikan kuasa kepada pemerintahan awam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini