Manchester tidak pernah berubah - Van Gaal - Utusan Malaysia

Manchester tidak pernah berubah – Van Gaal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Louis van Gaal mempersoalkan perbelanjaan dan permintaan Manchester United, sambil mengkritik keputusan mereka untuk melantik pengurus Ole Gunnar Solskjaer secara tetap.

Pengendali dari Belanda itu menghabiskan masa dua musim di Old Trafford antara 2014 dan 2016.

Piala FA merupakan hadiah Van Gaal kepada Red Devils, begitupun dia tetap dibuang untuk memberi laluan kepada Jose Mourinho.

Memuatkan artikel berkaitan…

Van Gaal mengakui dia berasa sukar ketika bersama United, dengan mengatakan mengendalikan Red Devils bukan seindah yang disangkakan.

“Masalah bermula daripada… ya sudah tentu, Manchester United tidak pernah berubah.

“Saya fikir, apabila anda menjadi pengurus dan ingin membuat perubahan setiap tahun untuk menjadi sebauh pasukan digeruni, tetapi tidak. Saya tidak pernah dapat pemain yang saya inginkan. Itu masalahnya.

“Saya fikir Manchester United mampu membeli setiap pemain kerana mereka mempunyai kuasa. Tetapi akhirnya beberapa pemain yang sepatutnya tiba di Old Trafford tidak dapat sertai. Saya tidak faham tetapi itulah hakikatnya,” kata Van Gaal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini